lama sungguh dah tak update blog nie. dah bersarang dah blog aku ni.. lately nie, rasa malas sangat nak buka laptop dan menulis di blog. tapi hari nie aku rajinkan juga la tangan nie.
seminggu yg lepas, aku dan suami disahkan oleh doktor yg kami dijangkiti denggi. balik dari taiping hari jumaat. hari sabtu tue, terus demam laki bini. sampaikan tak dapat nak pergi kelas antenatal pagi sabtu tue. tak pe la..kene cari time lain la kan.
demam tak menentu..nasib baik la kan. bila suami aku demam teruk,demam aku tak berapa teruk. samala bila aku demam teruk, dia tak teruk. so bolehla jaga antara satu sama lain. berat badan pon turun 1.6kg disebabkan tak lalu nak makan. bermula hari isnin lepas aku kene amik darah. setiap hari kene pergi ke klinik. aduh..penat seh nak kene cucuk ajer..
kenapa nak kene amik darah? sebabnya doc nak pantau bacaan platlet, sel darah putih dan HCT (kandungan air dlm bdn)..bacaan aku menurun dari hari ke hari..hinggala hari ke 8 baru naik balik bacaaan darah. huh..sangat merisaukan. yelah..risau kalo berterusan menurun nnt silap-silap kene tahan wad.
alhamdulillah aku dan suami dah kembali sihat. hmm..sangat tak sangka boleh jugak terkene denggi..padahal bukan umah kotor pon..dah nak kene kan..nak wat cm mane..hehhe..
harap baby sihat sentiasa dalam perut mummy ek..



0 comments:
Post a Comment